Tuesday, February 21, 2012

Riang Turkiye 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah diberi kesempatan utk pergi ke turkey masa cuti winter lalu. Sangat seronok dan rasa awesome bila berada di negara europe-asia. Pada mulanya mmg tak plan pon nak pergi, igt nak jalan sekitar mesir shj. Tapi bila ada classmate ckp2 pasal turkey, dan dia pon ada ajak. heeee :D Mula mengatur langkah lah.

Cairo-Amman-Istanbul

28 Jan 2012
Flight Royal Jordan jam 8.15pg. Tidur tak nyenyak mlm nye sbb excited sgt nak pergi. Disebabkan fligh kami awal pagi,jadi kami decided utk tumpang rumah kwn di cairo. Memang tak terluah perasaan gembira itu. Masa di cairo airport, terserempak dgn ramai bdk malaysia. Kebanyakkan nye bercuti ke europe. Dah nama pon cuti, masing-masing sibuk beraksi :)

Perjalanan hanya 2 jam setengah. Kami transit di Amman sblm ke Istanbul,Turkey.Alhamdulillah tepat jam 2ptg, kami selamat sampai di Atarturk Airport Istanbul. Keluar saje dari airport, semua tersenyum. Yeahhh, snow!!!

Transit di Amman,Jordan

Atarturk Istanbul Airport

Dari airport, kami menaiki metro ke otogar (bus station) utk pergi ke destinasi pertama kami iaitu Bursa. Masa ini penat tak terasa sgt sbb semangat yg waja utk travel negara org. Bas kami bertolak ke Bursa tepat jam 6.30 ptg. Kelebihan buat kami, masa di Turkey sama seperti masa di Mesir. Jadi kami tidak mempunyai sebarang masalah. Tambahan pula, waktu solat lebih kurang sama seperti di Mesir.

Dlm metro menuju ke otogar

Nak ke Bursa kene naik ferry. *mcm ferry kat penang*

Dalam ferry.

Perjalanan kami memakan masa selama 5 jam. Tiba di Bursa sekitar jam 11 mlm *kalau tak silap lah* Lps ni mmg sungguh penat. Sampai sana terus ke tempat penginapan. Tapi sblm tu kami dijamah dgn makanan turkey. Mula-mula makan roti, kemudian nasi. Ini makan mmg tak igt org lain. hehe :D

Too be continued...

p/s: tak blh nak cerita hbs semua sekali. Lenguh tangan menaip dan next week ade kuiz patho. It's time to hit the book. :)

0 comment: