Monday, March 12, 2012

story of the day

Assalamualaikum.

Masing-masing dah tak keruan. Jam tepat 4 ptg tapi tanda-tanda utk kelas tamat masih tak kelihatan. Lecturer sibuk mengajar di depan, students sibuk tengok jam. Tambah pula hari ini pharma kelas terakhir, mmg angguk kepala tanda setuju 100% ++ 10 kali pon tak apa. 4 jam straight belajar dgn hanya 5 min masa rehat. not a good idea. Walaupon tak sehebat mana utk terus fokus 4jam. gagahkan juga diri buka mata seluas mungkin. Dibantu oleh gula-gula hack perisa oren diterbang khas dari malaysia. Hasilnya, masih mampu tersenyum seusai kelas tamat. Senyum sbb faham apa yg lecturer ajar dan terbayang-bayang ayam masak merah yg kononnye utk lunch tp sbb kelas extend sampai pukul 4ptg, jd 3 in 1 terus. breakfast,lunch and dinner. *Jimat kos* :)

------------------------------------------------------

Ketika pulang dari uni bersama housemtes, kami terserempak dgn seorg ammu *pakcik*. Berpakaian serba putih,terbongkok-bongkok dgn tangan kiri memegang tongkat. Dari jauh lagi sudah kedengaran suara beliau mendoakan kami. *siapa yg belajar kat mesir, mesti paham ayat saya ini* Kami tersenyum, berhenti seketika dan terus mengatur langkah. Walau kami sudah jauh meninggalkan ammu td, masih kedengaran suaranya. Situasi yg tak asing lg buat kami.

Setiap hari sblm pulang,kami akan lalu kwsn hospital uni. Walaupon tiap hari lalu situ,langsung tak pernah nak ambil peduli apa yg berlaku disekeliling. Selalunya jalan melulu, tak tgk depan belakang pon. Tapi hari ini, ternampak seorg laki tak sedarkan diri. Terbaring di bangku hadapan hospital hingga 2 org laki arab terpaksa angkat dia masuk hospital. Mungkin baru sampai tp tak sempat nak buat apa dah pengsan kat depan itu.

Friend: Kesian nya
Me: Ehh, kau pon tgk ke laki itu??
Friend: Hmmm
Dua-dua terdiam.

-------------------------------------------------------

Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian"

Wednesday, March 7, 2012

pieces of heart

Assalamualaikum.

Selesai sudah kuiz utk minggu ini. Kuiz microb dan kuiz Patho. Tak susah mana tapi kalau tak study satu soalan pon tak blh nak jawab.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Terasa diri sukar sekali nak memahami apa yg doktor ajarkan, tambah pula menghafal. Setiap kali doktor mengajar di depan,alhamdulillah masih mampu memberi sepenuh perhatian. Kadang-kadang mmg tak dapat dinafikan kelas akhir tahap tumpuan makin berkurang.Tapi bila balik rumah nak ulangkaji semula, seolah apa yg sudah difahami tinggal kosong. Dan setiap kali nak menghafal, terasa diri *%#$^.

Diri diselubungi sikap negatif,mungkin itu puncanya.
Banyak buat salah pd rakan, mungkin itu puncanya.
Kurang membaca Al-quran, melengah-lengahkan solat. <<<<<<< Faktor utama.
Banyak buat bende lalai <<<<< tak kurang hebat punca utamanya
Pengisian rohani kurang.

Bermunajat di tikar sembahyang. Memohon ampun kepada sang Pencipta. Tiada yg mustahil dengan kuasa-Nya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Pulang dari university keseorangan, rakan lain sibuk dgn urusan masing-masing. Hemat mengatur langkah sambil berpeluk tubuh. Tiupan angin sikit pon tak meredakan gelisah dihati. Malah,diri ini sendiri tidak tahu apa yg sedang dirisaukan. Minggu yg penuh dgn gundah-gulana.

Tenanglah wahai hati.

Riang Turkiye 5

Assalamualaikum.

Istanbul aku datang. :) Byk tempat yg kami lawati, tak nak cerita panjang. Cukup gambar utk entry kali ini.

Archaeology Istanbul Museum

Gallery in Archaeology Istanbul Museum

Topkapi Palace

Inside Topkapi Palace


Blue Mosque *view from Bophorus Cruise*


Sultan Ahmed Mosque

Dolmabahce Palace

Istanbul Buyuksehir Belediyesi

Hagia Sofia


Bophorus Cruise.

Dah tamat cerita turkiye. Kenangan yg tak blh dilupakan. Terima kasih kpd penaja utama, mak abah. :)

Thursday, March 1, 2012

Riang Turkiye 4

Assalamualaikum

Setibanya di Ankara, kami bersiar-siar dahulu sekitar Kizilay Square. Tak adalah bersiar sgt pon.Jalan-jalan tgk sekitar tempat tu kemudian terus bergerak ke museum. Tapi malangnya, museum yg sepatutnya kami lawati tutup sebabnya ada hal berkaitan kerajaan tgh berlangsung di museum itu. Kemudian kami pergi melawat 1 tempat ini, ala-ala tower. Tak tahu nak describe mcm mana dan saya pon tak tahu nama nye apa. Dari 'tower' ini, kita blh lihat kwsn sekitarnya. Nak naik ke atas tu mmg mencabarlah sbb tangga penuh dgn salji. Jadi,kesudahannya saya dan beberapa rakan lain stay di bawah dan selebihnya naik ke atas.Sehari di Ankara cuma 1 tempat je yg kami lawati.

Satu-satunya tmpt yg kami lawati di Ankara

Tgk tangga tu,penuh salji. Licin kalau nak naik atas.

Permandangan sekitar Ankara dari 'tower'

Kami yg stay dibawah. *tak larat nak berjalan dah :D *

Petangnya kami diberi peluang utk shopping :) Factory outlets, shopping mall. Siapa yg kuat shopping, mmg blh tersenyum tgk harga barang. Murah!!! Malam harinya pula, berkesempatan makan malam bersama keluarga korea iaitu kenalan kpd tour guide kami. Merasa la juga makanan korea.

Perut kenyang hati senang, jalan pon senang. :) Destinasi terakhir adalah Istanbul. Tepat jam 1 pagi kami bertolak ke Istanbul.

bersambung....

Monday, February 27, 2012

Riang Turkiye 3

Assalamualaikum

Seterusnya adalah Pamukkale. Masa perjalanan dlm 7 jam. Bas yg kami naiki bertolak dari Bursa sekitar jam 12.30 mlm dan sampai ke Pamukkale jam 8pg esok harinya. Perjalanan kami selepas ini semuanya bermalam dlm bas. Jimat kos. :)

Setibanya kami di Pamukkale, dah semestinya sarapan pagi dahulu. Kemudian kami terus pergi ke Roman Hierapolis. Keterangan lanjut klik sini. Kawasan ini sgtlah besar sehinggakan kami blh picnic sekejap utk hilangkan sakit kaki. Lepas itu sambung pusing satu kawasan ini. Tambah pula berbukit-bukit,mmg tak terdaya. Apa-apa pun kami kuat lagi nak jelajah satu tempat ini,sampai ke hujung!! :) Kini,Bandar Hieropolis ini hanyalah tinggal separuh dari struktur
asal. Kebanyakkan binaan dah runtuh kerana gempa bumi dan faktor lain.

Gambaran Roman Hieropolis
(Besarkan?? kawasan yg berjaya kami jelajah :) )

Sekitar Hieropolis

Frontinus Gate
(Rasanye betul, tapi tak pasti sgt sbb byk juga gate kat Hieropolis. hehe )

Theater

Cleopetra's Bath

Di sekitar Roman Hieropolis ini, ada juga Cotton Castle. klik sini dan sini. Subhanallah, cantik sgt tempat ini.

Kami dan Cotton Castle

Cantik kan??

Lagi Cotton Castle

Di Pamukkale,kami melawat 2 tempat ini sahaja. Lagipun kami hanya sehari di sana dan masa amat terhad memandangkan kami akan bergerak ke Ankara pada mlm hari utk destinasi seterusnya.

p/s: Gambar tak berapa nak cantik dan jelas. Ini sahaja hasilnya dari jurugambar yg tak berbakat :)

too be continued...

Sunday, February 26, 2012

Riang Turkiye 2

Assalamualaikum

Kuiz patho yg sepatutnya pd selasa ini ditangguh ke minggu depan. Jadi apa lagi,tutup buku kejap. Cepat2 capai laptop sambung menaip kisah riang turkey 2. :) ok, mari sambung cerita.

3 hari 2 malam di Bursa.

Hari pertama tak melawat ke mana pon sbb sampai Bursa dah tengah mlm, jadi rehat sahaja. Esok pagi nya barulah kami membuka langkah.Seawal 10pg kami bergerak ke Cumalikizik. Nak tahu apa sebenarnya Cumalikizik ini?? klik sini Nak cerita panjang apa yg ada kat village ini,saya sendiri pon tak berapa igt apa sejarahnya. Almaklumlah, tour guide sibuk bercakap kat depan. Kami kat belakang sibuk posing comel-comel utk gmbr. :D Tambah pula masing-masing tak hbs excited lg jumpa salji, main baling-baling lah kita. Permandangan village ini sgt2 cantik dan unik. Mula2 sampai tempat ini,rasa kat rasa mcm kat Cameron Higland tapi hebat lagi lah tmpt ini.hehe Kebanyakkan penduduk disini adalah warga emas. Dah nama pon kampung kan.

Muka ceria slps sarapan pagi dan sedia utk misi pertama.

Cumakizilik Village

Permandangan luar Cumakizilik

Sekitar village

Kami. :)

Kemudian kami pergi melawat tempat bersejarah utama di Bursa. Banyak juga tempat yg kami pergi antaranya Ulu Mosque, Green Mosque, Saltanat Kapisi, Clock tower. Haaa, kami pergi juga makam-makan diraja. Jalan-jalan sekitar Bursa sampai asar. Lps itu, balik hostel sbb malamnya kami nak pergi tgk tarian tradisional Turkey.

Saltanat Kapasi

Dihadapan Green Mosque

Clock Tower

Yesil Camii

Ulu Camii

Sepatutnya kami di Bursa hanya 2 hari dan disebabkan oleh kami *kanak-kanak riang* nak merasa main ski. Jadinya kami stay kat sana lg sehari. Semata utk main ski sehari suntuk sblm bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Pamukkale.

Hari ketiga kami diserikan dgn aktiviti ski. Pagi nya kami diberi AMARAN supaya pakai baju setebal yg mungkin sbb tempat main ski tu atas bukit dan nak pergi kesana kene naik cable car dan sgt2 sejuk. Badan dah la memang bulat, ditambah dgn baju yg berlapis-lapis + winter coat buble. Fuhhh, dah rupa belon. :) Nama tempat nya ialah Mount Uludag. Dari pagi sampai petang kami main ski. Orang kata shopping till drop tapi kami ski tak drop2 pon. haha Nak main baling-baling snow,main puas-puas. Tangan kaki jgn cakap lah, tangan berdarah pon tak perasan, Sedar2 dah kering darah. Pakai stoking tebal + boot mmg tak ada kesan pon,kaki tak rasa. Bila dah penat dan sejuk yg tak tahan. Baru rehat kejap, ye kejap je. Lps tu sambung balik sampai lah tour guide kami panggil suruh balik. hehe :D

Peace :)

Menunggu cable car utk ke Mount Uludag (kwsn ski)

Sebelum pergi kawasan ski, berhenti sekejap utk main salji.

Sekitar kawasan ski

Dah selesai aktiviti ski, kami pulang ke tempat penginapan utk siap2 bergerak ke Pamukkale.

*Kami tidak berkesempatan utk menyaksikan tarian tradisional Turkey kerana kesuntukan masa.

too be continued...

Tuesday, February 21, 2012

Riang Turkiye 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah diberi kesempatan utk pergi ke turkey masa cuti winter lalu. Sangat seronok dan rasa awesome bila berada di negara europe-asia. Pada mulanya mmg tak plan pon nak pergi, igt nak jalan sekitar mesir shj. Tapi bila ada classmate ckp2 pasal turkey, dan dia pon ada ajak. heeee :D Mula mengatur langkah lah.

Cairo-Amman-Istanbul

28 Jan 2012
Flight Royal Jordan jam 8.15pg. Tidur tak nyenyak mlm nye sbb excited sgt nak pergi. Disebabkan fligh kami awal pagi,jadi kami decided utk tumpang rumah kwn di cairo. Memang tak terluah perasaan gembira itu. Masa di cairo airport, terserempak dgn ramai bdk malaysia. Kebanyakkan nye bercuti ke europe. Dah nama pon cuti, masing-masing sibuk beraksi :)

Perjalanan hanya 2 jam setengah. Kami transit di Amman sblm ke Istanbul,Turkey.Alhamdulillah tepat jam 2ptg, kami selamat sampai di Atarturk Airport Istanbul. Keluar saje dari airport, semua tersenyum. Yeahhh, snow!!!

Transit di Amman,Jordan

Atarturk Istanbul Airport

Dari airport, kami menaiki metro ke otogar (bus station) utk pergi ke destinasi pertama kami iaitu Bursa. Masa ini penat tak terasa sgt sbb semangat yg waja utk travel negara org. Bas kami bertolak ke Bursa tepat jam 6.30 ptg. Kelebihan buat kami, masa di Turkey sama seperti masa di Mesir. Jadi kami tidak mempunyai sebarang masalah. Tambahan pula, waktu solat lebih kurang sama seperti di Mesir.

Dlm metro menuju ke otogar

Nak ke Bursa kene naik ferry. *mcm ferry kat penang*

Dalam ferry.

Perjalanan kami memakan masa selama 5 jam. Tiba di Bursa sekitar jam 11 mlm *kalau tak silap lah* Lps ni mmg sungguh penat. Sampai sana terus ke tempat penginapan. Tapi sblm tu kami dijamah dgn makanan turkey. Mula-mula makan roti, kemudian nasi. Ini makan mmg tak igt org lain. hehe :D

Too be continued...

p/s: tak blh nak cerita hbs semua sekali. Lenguh tangan menaip dan next week ade kuiz patho. It's time to hit the book. :)

After a break

Assalamualaikum.

Kelas berjalan seperti biasa. Begitu juga kami yg masih dalam mood cuti, mencari-cari semangat utk kembali ke kelas. 2 minggu cuti musim sejuk tahun ini membawa 1001 kegembiraan kpd saya dan rakan-rakan lain. Masing-masing tersenyum bila mengenangkan agenda semasa cuti lepas. Dan kini, semua kembali ke asalnya. Kembali menelaah buku, rutin harian yg sama. Pergi dan pulang ke kuliah. Menimba ilmu utk cita-cita yg satu. Bak kata org putih "back to basic" :)

Thursday, January 26, 2012

#random

Assalamualaikum.

Tamat sudah midterm exam. Say what?? Alhamdulillah. :) Walaupun tergolek-golek baca buku *tak ade lah tergolek pon,hiperbola je lbh*exam tetap exam,jawab semampu yg blh. Mana-mana part yg tak sempat nak revise tu, hmmmm :D

Dan yg pastinya saya tak meniru. *nak emo sekejap* Kenapa sesetengah org suka sangat meniru masa exam. Kalian ini nak cemerlang berdasarkan keputusan exam saje ke? Kalau mcm itu,nanti masa practical di hospital. Usung la buku tebal medic ke hulur ke hilir, sebelum rawat pesakit selak dulu sikit-sikit. Bukan nak riak, "aku boleh jwb exam " sama sekali tidak. Setidaknya kita jujur dengan diri sendiri. Mana soalan yg tidak blh dijawab,itu kesalahan kita sendiri la.Siapa suruh tak baca buku sungguh-sungguh. Tak boleh jwb masa ini, next time cuba lagi. Segala kekurangan, cuba kita baiki. Sekadar peringatan utk semua termasuk diri ini.

Jeng,jeng,jeng... winter breaks. Destinasi pilihan cuti kali ini adalah *%&$@. Terima kasih byk2 kat mak abah. :) Hati gembira. Lepas ini blh la kot berjalan ke tempat lain pula.hehe.

Lepas ini blog akan kembali suram sepi tanpa sebarang post baru sbb saya dah tak serajin dulu nak update mcm-mcm kat sini. Waktu sentiasa byk free cumanya saya tak rajin nak menghadap laptop dan menulis itu ini.

sekian. :)

Thursday, January 5, 2012

midterm exam schedule

Assalamualaikum..

Nak update jadual utk midterm exam.

19 jan - pharmacology
22jan - pathology
24jan - parasitology
26jan - microbiology

Jadinya, tinggal 2 minggu nak exam. Kalau sblm ni speed study mcm kura-kura, sekarang ini kene up sikit. :) Rajin nya kene lah lebih.